Sunday, November 28, 2010

Seni Dan Aku.

Salam dan sejahtera kepada pembaca blog aku. Nampak x tajuk entry aku kali nie. Haa... apa kebenda kaitannya seni ngan aku nie? Nie yang aku nak cerita nie. Boring2 nie teringin nak berkongsi pasal kisah hidup waktu kecik2 dulu.

Aku dulu waktu kecik2 minat gila dengan lukis-melukis nie. Aku suka gila baca komik (Malaysia) ngan manga (Jepun). Aku ingat lagi manga 1st yang aku baca waktu darjah 3, manga Kindaichi Shonen no Jikenbo, atau melayunya Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi. Memang best. Cara kes2 nie dibuat dan disusun memang masyuk. Detective Conan best tapi bagi aku tetap xleyh lawan Kindaichi... hehehe. Start dari situ aku mula rasa syok nak menceburkan diri dalam bidang lukis melukis nie. Majalah bulanan yang selalu aku beli waktu sekolah rendah adalah GEMPAK. Dalam majalah nie ada 1 ruangan yang kita boleh hantar lukisan kita, kalau lukisan kita dipublish, kita bley dapat hadiah.

So aku pun hantar lukisan2 yang aku lukis. Memang banyak aku hantar tapi xdak satu pun yang terpilih. Aku tau sebab apa x terpilih, sebab aku lukis guna ballpen, sepatutnya guna pen lukisan. Kecik lagi waktu tu, agak bangang la jugak kan. Hahaha. Pastu masa aku sekolah rendah, aku ada la buat komik buatan sendiri. Teringin gak la kan nak buat komik walaupun aku lukis x ikut procedure sepatutnya macam pelukis2 dan manga-ka yang betul kat luar sana tu. Aku teringin nak buat komik sebab aku tengok kawan aku buat. Banyak gila komik dia buat, dah la lukis lawa. Tapi bila besar sikit, baru aku tau cerita komik dia tu suma ciplak. Xdak idea ori. Aku plak lain. Aku fikir sendiri komik aku punya storyline. Sepanjang kareer aku, 2 komik berjaya disiapkan.

Cerita 1st, dia punya tajuk; DISKET PEMUSNAH(Budak kecik bagi tajuk memang pelik, ahaha.). Cerita nie pasal 2 bijik disket yang ada kuasa pemusnah dan kuasa pendamai. Sapa2 yang dapat data dalam disket nie boleh kuasai dunia. Lebih kurang camtu la. Cerita 2nd plak, dia punya tajuk; KYUBI 2.5. Cerita dia pasal virus yang boleh tukarkan manusia jadi makhluk separuh binatang. Tapi ada satu virus nie yang akan tukarkan manusia sepenuhnya kepada haiwan jadian, iaitu virus Kyubi 2.5. Lebih kurang camtu la serba-serbi ceritanya. Kalau nak tulis sinopsis, konfom panjang gila.

Bila naik sekolah menengah, aku suka gila kelas seni. Melukis2 nie suka, cuma bab kaler2 ja lemah. Lepas kaler konfom xtau apa benda aku lukis tu. Bila naik form 4, aku amik seni untuk SPM, baru la boley belajar betul2 bab2 kaler mengaler nie. Last2 x pasal2 dapat A1 free untuk seni... hehehe.

Tu ja la serba sedikit tentang aku ngan seni nih. Cita2 waktu kecik aku nak jadi manga-ka last2 sesat nak jadi engineer. Hehehe. So aku cuma nak cakap, x kira la apa2 pun bidang yang kita ceburi skang nie, kita kena sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang berjaya dalam bidang tersebut.

Okayh, setakat nie ja entry kali nie, buhbye.

DDC: Skang dah x beli dah buku komik, sebab skang nie suma main online ja. Baca manga pun online ja.

0 comments:

Post a Comment