Sunday, November 7, 2010

Baldi? Perigi? Hmmmm...

Salam dan sejahtera kepada pembaca blog aku. Seperti kebiasaan aku tidak update blog untuk masa yang agak lama. Bukan apa, 2 minggu lepas, banyak betul test yang beratur menunggu untuk ditembak dan digoreng. Jadi memang xdak masa la nak bukak blog. Facebook lain cita, dia dikira sebagai buku jugak jadi xpa. Hahahaha. Minggu nie study week start. Final exam minggu depan. Tapi aku x start lagi study sebab malas. Malas gila. Bukak lecture note, 2 ke 3 mukasurat dah tersengguk2. Main game x plak rasa ngantuk. Haizzzz...

Sebenarnya aku rasa boring, malam semalam dah la tido awal, pukul 12 tengah malam dah dibuai mimpi jadi pagi nie aku bangun agak awal, pukul 8.30 pagi. Kira awal la tu daripada kebiasaannya pukul 2 petang. Damn! Hahahaha. Bila boring2 nie aku mula fikir macam2. Boleh jadi ahli fikir nie, kerja berfikir ja. Bila cakap pasal berfikir nie, aku jugak suka jadi observer. Entah la, bila jadi observer nie, benda2 yang aku x pernah buat, aku dapat faham.

Sejak 2 ke 3 hari nie, aku selalu main game Defense Of The Ancient, atau pendeknya DOTA, aku rasa kebanyakan orang tau DOTA nie apa tapi macam biasa, bukan semua orang kaki game. Kalau main game nie, memang konfom leh addicted gila. Sampai kadang2 tu, ada yang lupa dunia. Berjam-jam menghadap game tu ja. Tapi nasib baik aku bukan jenis camtu, aku jenis yang akan boring lepas 3 ke 4 match. Bercakap pasal DOTA nie, boleh dikatakan kita x boleh leka bila bermain disebabkan gameplay-nya yang tidak membenarkan kita buat sesuatu perkara lain. Kena fokus kalau x, hampeh jadinya. Lebih kurang begitulah. Disebabkan ini, ramai orang beranggapan yang game DOTA nie x sesuai dimainkan oleh orang yang ada awek. Ya lah, sambil main game nak balas mesej atau nak koling2.. susah. Memang susah. Sebab tu DOTA also stand for Dunia Orang Tiada Awek. Sampai camtu skali.

Tapi betul ka yang main tu suma xdak awek? Ada. Memang ramai lelaki yang ada awek yang main game nie. Disebabkan ini juga, lelaki2 nie dipandang tinggi. Tinggi skit ja. X nak lebih2. Kenapa dipandang tinggi? Sebab lelaki camnie boleh balas mesej dan koling2 SAMBIL bermain game DOTA. Yang nie berdasarkan pemerhatian aku kat kawan2 aku. Memang respek la lelaki macam nie, memang dia sayang awek dia lebih dari game. Ada sesetengah member aku cakap, kalau nak tau lelaki tu sayang awek dia ke x, tengok berapa kerap dia balas mesej awek dia masa dia tengah main DOTA. Kalau dia balas mesej macam biasa seperti dia x main game, memang konfom dia sayang awek dia. 

Jujur cakap, aku respect sebab kalau aku la, aku rasa aku xleyh buat macam tu. Aku kena fokus, kekadang bila masuk mesej ja aku buat bodoh. Nasib baik setakat nie xdak mesej2 urgent yang aku dapat. Kalau x, naya gak ar. Benda nie juga salah satu sebab aku single. Bukan sebab aku penting game, tapi aku takut kesian kat awek aku. Daripada dia dok sakit hati dok tunggu reply mesej lambat, baik aku single. Kesian sangat2 kat perempuan yang jadi awek aku. Uhuk3. Jadi buat masa skang, aku akan jadi baldi yang dok diam, membiarkan perigi lalu-lalang begitu saja. Hahaha. Mengarut betul analogi aku nie.

Selain observing, aku selalu gak dengar luahan orang lain. Entah la, aku excited bila dengar orang cerita masalah dia kat aku. Pelik kan aku nie? Dia nak marah ka, sedih ka, aku boleh layan. Aku sentiasa open dengan orang untuk bercerita masalah dekat aku, cuma ikut orang tu ja, nak ke xnak. Setiap orang ada tempat luahan masing2. Tapi aku x kisah pun. Aku sentiasa sedia mendengar. Best kot dengar masalah orang. Bukan aku bermaksud best orang tu dapat masalah macam tu, bukan. Maksud aku, bila orang luahkan something kat aku, observation aku terhadap orang2 sekeliling aku pun bertambah. Yang nie la yang aku maksudkan, walaupun aku x pernah buat sesuatu tu, tapi aku dapat faham. Hehehe.

Okayh, setakat nie ja entry kali nie, buhbye.

DDC: Terfikir gak aku, ada ka orang baca setiap post aku sampai abis? Hmmmm...

10 comments:

  1. hahaha.. tima kasih sebab membaca ya cik intan... ngeh3

    ReplyDelete
  2. ada la din :) jangan risau. heeeee

    ReplyDelete
  3. hahaha.. thx faiz.. cuma takut kadang2 org malas baca sbb mcm karangan.. ahahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha... thx u chuib... ahakzz

    ReplyDelete
  5. aku pun maen dota gak.
    sebab tu aku xde awek.
    hahaha

    ReplyDelete
  6. alamak.. hg mmg xdak awek.. hg ada balak.. ahahaha

    ReplyDelete
  7. ade ade . takpa, awek2 kpd pkwe2 tu orgnye mesti sabaq, pompuan mane buleh mara2 , ty cpt tua . ye dak ? hee

    ReplyDelete