Wednesday, September 8, 2010

Aku X Takut Dengan Doktot

Salam dan sejahtera kepada pembaca2 blog aku walaupun aku x tau ada orang baca atau x. Pedulik hapa kan. Dalam entry lepas aku ada cakap yang aku sakit perut, atau lebih spesifik cirit-birit kan. Malam semalam aku pergi la klinik sebab memang dah terlampau terseksa perut aku memulas. Klinik yang aku pergi tu memang klinik feveret family aku, bukan sebab sedap atau apa2 tapi senang berurusan bila ada info tentang pesakit. X payah buang masa lama2.

Sebab skang nie bulan posa, doktot(bukan typo ar) pun datang lambat dalam pukul 9.30 malam walaupun aku dah terpacak kat klinik dari pukul 9.00 malam. Xpe la asalkan dapat hilangkan rasa sakit terlampau ni. Disebabkan aku memacakkan diri aku pukul 9, jadi nama aku dipanggil terlebih dahulu berbanding orang yang datang kemudian. Ye la aku datang dulu kan, satg x pasal2 klinik tu ada sistem booking plak, online plak tuh, memang x pasal2 aku datang 1st jadik last. Memang hampas tebu ar. Hahaha.

Jumpa ja doktot, dia terus letak stetoskop kat perut aku. Agak sensitif sikit di situ ye. Entah la dia dengar apa, x pasal2 dia dengar suara AnnoyingOrange dalam tu. Perghh.. scary~~ Bila da check, rupa-rupanya aku MENGANDUNG!!! Damn!! Oops, gurau sebentar. Hahaha. Doktot cakap usus aku luka, sebab tu perut aku sakit. Luka dalaman rupanya. Pastu doktot tu bagi la ubat suruh aku makan. Aku tunggu la kat depan tu sampai dia panggil nama aku. Masa amik ubat, aku tunggu la kot2 receptionist tu nak bagi 2 biji Champs kat aku, tapi dia x bagi pun. Da tua agaknya aku nie.

Pastu aku balik rumah terus aku makan ubat, baru aku perasan 1 benda yang agak janggal. Aik, apsal doktot nie x bagi ubat cecair untuk disuap dengan teaspoon. Dia bagi kapsul semuanya?? Aku da syak wasangka. Aku tanya la emak aku, emak aku jawab,"Hang da besaq dah.. Watpa bagi ubat dalam botoi lagi". Baru aku perasan 1 benda ag, last time aku jejak kaki kat klinik waktu...... errr.. x ingat tapi waktu tu aku kecik ag. Patut la aku tunggu 2 biji Champs tu, patut la  da xdak ubat dalam botol. Damn!! Kiranya selama nie segala penyakit yang aku dapat, contoh demam, dan selsema semuanya aku fight guna imun sistem aku sendiri. HEBAT!! Panadol pun aku x telan. Sekali lagi, HEBAT!! Hahaha. Terberlagak plak aku di situ. Tapi aku tertewas dengan cirit-birit nih. Berapa tahun punya plan susun nie baru nak lancarkan skang. Huhuhu.

Apa2 pun, skang nie perut aku da x memulas macam sebelum nie. Syukur kepada Allah sebab sembuhkan perut aku. Ubat tu sebagai platform ja, yang sembuhkan kita adalah Allah S.W.T.. Kalau Allah xnak sembuhkan, cirit ag aku skang nie. Hahaha.

Setakat nie ja entry aku kali nie, haaa!! Sebelum blah aku nak cakap yang arini bersamaan 8hb September 2009 (ye ar, aku tulis entry da lepas pukul 12 tengah malam) merupakan hari ulang tahun pertama aku start menulis blog. WOW!! Memang x sangka, dah setahun dah berblogging tapi cuma ada 20++ post ja. Hak3. Hebat x kemalasan aku. HEBAT!!!

Okayh, tu ja, buhbye.

DDC: Hahaha, skang suma adik-beradik aku termasuk aku da perangai macam AnnoyingOrange. WAASSSSAAAAAAABIII!!! Hak3.

2 comments:

  1. hey! hey! din...wazzzaaaa!!~

    ReplyDelete
  2. wazzup la ki.. ka hg nak waassssaaaabiii!!! hahaha

    ReplyDelete