Friday, January 7, 2011

Cerita Kartun = Budak-Budak?

YOSH!!!!

Salam dan sejahtera kepada pembaca blog aku. Lama gak aku x update. Minta maaf ya semua, aku selalu gak online facebook dan blog aku nie, tapi cuma tangan nie x nak menggatal update blog. Aku cuma baca blog2 orang lain yg diupdate. Entah la, maybe sebab aku penat kot ataupun errr.... sebab malas lebih tepat aku rasa. Hahahaha.

Dan, x lupa juga, Happy New Year 2011 kepada suma orang. Tahun nie lagi baik dari tahun lepas la sebab tahun lepas bulan 3 baru aku wish tahun baru kat readers aku. Ngeh3. Kan entry sebelum nie aku cita pasal kerja aku sebagai kontraktor di kilang papan. Well, aku dah berhenti pun sebab pasnie aku nak sambung belajar kat universiti balik. Tapi, time aku kerja tu, disebabkan boring, banyak gila idea nak menulis blog datang. X henti2, berderet-deret, berduyun-duyun, macam kambing pun ada. Okay, kambing xdak kaitan. Punya la banyak sampai skang nie aku dah x ingat apa idea2 nak menulis tu. Hahahaha.

Cukup2 la intro tu kan, kang aku mengarut sampai carut2 sana sini kan susah. Okay, bercakap pasal cerita kartun. Kalau orang sebut kartun, apa benda yang hangpa terfikir kat kepala hotak tu? Doraemon? Shin-chan? Upin Ipin? Spongebob? Banyak lagi kalau nak list nie tapi aku tau readers suma pun tau apa tu kartun kan. Kalau x tau, sila berenang butterfly dalam parit atau longkang berdekatan dengan anda secepat mungkin. Okay, berbalik pasal kartun nie, ramai x yang masih layan atau tengok benda2 camnie? Pernah x readers sekalian dicemuh disebabkan suka menonton cerita kartun walaupun hangpa dah besaq?

Aku pernah dengar orang cakap kat aku yang orang yang suka dok tengok kartun nie cuma budak2 ja. Orang2 dah dewasa mana layan kartun suma nie. Sebenarnya, pada pendapat aku la, orang2 yang cakap camnie perasan lebih dan bajet matang. Serius aku cakap, bila aku dengar ja orang2 tertentu cakap macam nie, aku rasa menyampah. Ya, aku pun layan lagi suma cita2 yang aku sebut kat atas tu. Kamen Rider, Pokemon, Digimon, suma tu aku layan. Serius cerita dia best and bukan just untuk budak2.

Orang2 yang bajet matang nie, yang x tengok cita2 camnie, sebenarnya kreativiti mereka x berkembang. Bagi aku, bila kita tengok benda2 camnie, automatik kreativiti kita bertambah, kita dapat idea untuk menghasilkan sesuatu bila kita selalu tengok cerita2 kartun. Secara langsung, otak kanan kita pun berkembang. Kebanyakan orang2 yang pandai, especially yang melanjutkan pelajaran banyak menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Kadang2 orang tertanya2, si A study gila babeng punya rajin, wat latihan x berhenti2, si B plak study lebih kurang ja, wat latihan pun ala kadar tapi result kadang2 siap leyh gempak dari si A? Kenapa? Okay, anggap si A banyak gunakan otak kiri, dan si B plak selalu gunakan kedua2 bahagian otaknya. Sapa yang lagi advantage sebenarnya? Si B, of course.

Point aku kat sini, penting untuk kembangkan otak kanan sama, melalui peningkatan kreativiti, yang kita dapat dari menonton cerita kartun. Sapa cakap menonton cerita kartun hanya untuk budak2? Memang sempit pemikiran orang tu. Bagi aku, orang yang matang bukan orang yang meninggalkan segala perkara yang dilakukan semasa dia masih budak2, tetapi orang yang matang adalah orang yang tahu masa dan tempat untuk dia serius, buat keputusan yang kritikal, faham keadaan sekeliling, dan bila dia nak biarkan jiwa budak2 dia keluar, dia tahu masa dan tempat yang sesuai. Tu la orang yang matang bagi aku. Layan cerita kartun rilek ja, x kisah apa pun. Hahahaha.

Jadi apa lagi yang ditunggu-tunggu, jom ar tengok cerita kartun, mari kembangkan kreativiti otak tu, lagi berkembang otak kanan, lagi senang nak goreng time jawab exam (Point sebenar entry nie?). Hahahaha.

Okayh, setakat nie ja entry aku kali nie, buhbye.

 (Ehsan Google)

DDC: Who lives in a pineapple under the sea?

Sunday, December 12, 2010

Reporting Condition!!!!!

Salam dan sejahtera kepada pembaca blog aku. Mintak maaf lama x update. Walaupun boleh kata sekarang nie tengah cuti semester tapi cuti kali nie lain daripada cuti2 sebelum nie. Aku mencari rezeki bagi anak bini makan. Jadi nak kata masa free nak update blog pun x berapa nak ada ditambah lagi dengan berukben aku yang dah exceed limit bandwith, nak bukak blog pun menyeksa jiwa raga selipar.

Entry kali nie saja ja nak cerita sikit pasal pengalaman aku kerja. Walaupun baru seminggu aku kerja tapi boleh kata banyak gak pengalaman aku dapat. Eh? Kerja apa? Hahaha. Lupa nak inform awal2. Aku kerja sebagai pekerja kontrak kilang papan kat bandar berdekatan rumah aku nie iaitu Sungai Petani sebagai operator pengeluaran papan2 serta kayu kayan yang orang nak guna nak buat perabot.

Kerja aku start pukul 8 pagi, habis 8 malam, 12 jam bhai. Fikir saja pun dah letih kan? Hahaha. Patutnya 8 jam tapi sebab aku kontrak, wajib kerja 12 jam, orang yang kerja 8 jam cuma orang2 company ja. Aku kerja setiap hari kecuali hari Ahad. Sebab tu la entry nie wujud, sebab dah masuk hari Ahad dah pun.

Kat tempat kerja aku tu, boleh kata majoriti pendatang asing la, melayu berapa kerat sangat, yang banyak pun budak2 sekolah yang buat part time macam aku gak. Hari 1st masuk kerja, serius aku blur. Tapi dia hantar aku kat gudang sebab bahagian dalam kilang penuh ngan orang, jadi xdak tempat untuk aku. Kerja aku susun kayu kat gudang. Mak aiii... punya lama x exercise, kerja dok angkat kayu, susun, angkat, susun, lenguh gila pinggang. Hahaha.

Memandangkan kebanyakan pekerja2 yang kerja tu pedatang asing, yang boleh faham melayu cuma geng2 Bangla ja, yang lain suma nganga, haprak, xleyh harap. English? X kira la hang power nak mampuih English, hang konfom x paham dia tibai cakap apa. Hahahaha. Tapi skang nie aku dah kerja kat mesin dan partner kerja aku buat tu orang Myanmar. Camna aku leyh survive seminggu ar? Hahaha. English x guna langsung. Aku communicate guna bahasa isyarat ja. Nie salah satu pengalaman aku dapat, improve aku punya body language. Bley ar interview kerja nanti macam2 gaya isyarat keluar.

Satu lagi, ada sorang pakcik nie, dia nie budak2 lain cakap dia garang, selalu budak2 kena marah ngan dia, tapi aku x pernah kena. Sampaikan dia sembang ngan aku pun budak2 tu ingat aku kena marah... hahaha. Aku pun x paham sebab apa jadi camtu. Mungkin cara aku bercakap tu macam ada gaya orang matang kot. Hahaha, perasan betui aku nie... Mungkin communication skills aku dah banyak bertambah, jadi aku boleh sembang kemas ngan pakcik tu.

Sebenarnya, panjang lagi aku nak tulis tapi cukuplah setakat tu, nak cerita suma benda payah gak. Walaupun seminggu, banyak benda aku dapat. Pengalaman kerja OT dah ada, kerja 12 jam, macam aku kerja lebih 3 jam dari waktu biasa. Lepas nie, cari kerja yang 8 jam, aku rilek ja, yang orang lain dok merungut bila nak abis kerja, aku xdak hal sebab dah biasa 12 jam. Hehehehe...

Okayh, setakat nie ja entry kali nie. Buhbye.

DDC: Kepada pembaca sekalian, apa pendapat hangpa suma tentang kerja macam nie? Hangpa rasa baloi ka x baloi?

Wednesday, December 1, 2010

My 1st Blogger Award!!!

Salam dan sejahtera para pembaca blog aku sekalian. Hahaha... entry kali nie spesel skit. Spesel sebab aku cuma nak hebohkan award yang aku dapat ja. Weeee~~~~~

Tagged award from Dzurina sebab beliau cakap aku nie follower dan blogger yang hot untuk beliau. Hahaha... thanks ya Dzu.


Setelah melakukan soal selidik dan penyiasatan yang sangat rumit, aku dah decide untuk tag beberapa orang lagi. Nama pun tagged award kan3? Haa apa lagi, amik2...

http://bicara-sang-karipap.blogspot.com/

http://nawqi-eqwan.blogspot.com/

http://nurfaizshaidan.blogspot.com/


Muahxxxx... love you all...

DDC: Aku bukan GAY!!!

Sunday, November 28, 2010

Seni Dan Aku.

Salam dan sejahtera kepada pembaca blog aku. Nampak x tajuk entry aku kali nie. Haa... apa kebenda kaitannya seni ngan aku nie? Nie yang aku nak cerita nie. Boring2 nie teringin nak berkongsi pasal kisah hidup waktu kecik2 dulu.

Aku dulu waktu kecik2 minat gila dengan lukis-melukis nie. Aku suka gila baca komik (Malaysia) ngan manga (Jepun). Aku ingat lagi manga 1st yang aku baca waktu darjah 3, manga Kindaichi Shonen no Jikenbo, atau melayunya Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi. Memang best. Cara kes2 nie dibuat dan disusun memang masyuk. Detective Conan best tapi bagi aku tetap xleyh lawan Kindaichi... hehehe. Start dari situ aku mula rasa syok nak menceburkan diri dalam bidang lukis melukis nie. Majalah bulanan yang selalu aku beli waktu sekolah rendah adalah GEMPAK. Dalam majalah nie ada 1 ruangan yang kita boleh hantar lukisan kita, kalau lukisan kita dipublish, kita bley dapat hadiah.

So aku pun hantar lukisan2 yang aku lukis. Memang banyak aku hantar tapi xdak satu pun yang terpilih. Aku tau sebab apa x terpilih, sebab aku lukis guna ballpen, sepatutnya guna pen lukisan. Kecik lagi waktu tu, agak bangang la jugak kan. Hahaha. Pastu masa aku sekolah rendah, aku ada la buat komik buatan sendiri. Teringin gak la kan nak buat komik walaupun aku lukis x ikut procedure sepatutnya macam pelukis2 dan manga-ka yang betul kat luar sana tu. Aku teringin nak buat komik sebab aku tengok kawan aku buat. Banyak gila komik dia buat, dah la lukis lawa. Tapi bila besar sikit, baru aku tau cerita komik dia tu suma ciplak. Xdak idea ori. Aku plak lain. Aku fikir sendiri komik aku punya storyline. Sepanjang kareer aku, 2 komik berjaya disiapkan.

Cerita 1st, dia punya tajuk; DISKET PEMUSNAH(Budak kecik bagi tajuk memang pelik, ahaha.). Cerita nie pasal 2 bijik disket yang ada kuasa pemusnah dan kuasa pendamai. Sapa2 yang dapat data dalam disket nie boleh kuasai dunia. Lebih kurang camtu la. Cerita 2nd plak, dia punya tajuk; KYUBI 2.5. Cerita dia pasal virus yang boleh tukarkan manusia jadi makhluk separuh binatang. Tapi ada satu virus nie yang akan tukarkan manusia sepenuhnya kepada haiwan jadian, iaitu virus Kyubi 2.5. Lebih kurang camtu la serba-serbi ceritanya. Kalau nak tulis sinopsis, konfom panjang gila.

Bila naik sekolah menengah, aku suka gila kelas seni. Melukis2 nie suka, cuma bab kaler2 ja lemah. Lepas kaler konfom xtau apa benda aku lukis tu. Bila naik form 4, aku amik seni untuk SPM, baru la boley belajar betul2 bab2 kaler mengaler nie. Last2 x pasal2 dapat A1 free untuk seni... hehehe.

Tu ja la serba sedikit tentang aku ngan seni nih. Cita2 waktu kecik aku nak jadi manga-ka last2 sesat nak jadi engineer. Hehehe. So aku cuma nak cakap, x kira la apa2 pun bidang yang kita ceburi skang nie, kita kena sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang berjaya dalam bidang tersebut.

Okayh, setakat nie ja entry kali nie, buhbye.

DDC: Skang dah x beli dah buku komik, sebab skang nie suma main online ja. Baca manga pun online ja.

Freedom!!!!!! For The Time Being.....

Salam dan sejahtera kepada pembaca blog aku. Lama gak blog aku nie x update. Macam orang lain cakap, blog yang bersawang. Apa kebengapnya blog bersawang, xdak nak bersawangnya, cakap ngaji tinggi2... hahaha. Serius aku bergurau. Kang marah plak blogger2 lain yang menggunakan konsep nie bila lama x update blog. Ngeh3.

Anyway, sebab utama aku tulis entry kali nie sebab aku ada masa lapang. Sebab apa?

FINAL EXAM DA ABIS!!!!!

Hahaha... best gila!!!! Akhirnya free dari segala macam formula dan calculation yang leyh wat pecah kepala. Semester nie untuk final, aku ada 5 paper. Start dari Introduction To Material And Science, pastu Islamic Studies, sambung dengan Chemical Engineering Fluid Mechanics, Structured Programming And Database ngan last paper, Material And Energy Balance.

Yang aku x tahan sekali waktu paper programming ngan material and energy balance(MEB), bapak ar... nak meletup kepala aku. Tulis coding2, practice wat macam2. Gila btoi!!! Memang pecah kepala. MEB lagi la. Paper hari jumaat pukui 9 pagi, hari khamis pukui 12 tengah hari aku baru start study. Memang gampang gak ar. Nak abiskan 28 lecture note punya la susah. Aku study sampai otak dah tepu. Tapi aku paksa gak. Dari pukui 12 tengah hari, asyik baca lecture note sampai 7.30 malam, pastu aku ngantuk gila, tido jap 45 minit, bangun, sambung plak sampai 4 pagi. Then tidoq sampai 6.20 pagi, bangun, sambung sampai pukui 8.20 pagi. (Segala aktiviti aku nie termasuk dengan makan, main2 dan solat... jangan ingat aku study ja.) Pastu aku berserah ja la, usaha dah usaha. Alhamdulillah, paper MEB kuar soklan yang aku leyh jawab dan soklan dia x putar belit, direct to the point. Memang lega sangat2.

Dah abis tu, kira merdeka la untuk semester nih, harap2 la kali nie pointer dapat elok, atas 3.00 pun jadi la. Tapi benda yang paling aku ingat waktu aku study MEB adalah waktu member aku, Mohamad Hafiz Kamisan @ Jawa, bagi dorongan yang melampau kat aku ngan member2 lain. Dia cakap, selagi ada masa nie jangan berserah, just baca ja, at least kita tau something dari x tau apa2. Then, masa dia gerak aku pukui 6.20 pagi tu, masa aku nak balik bilik aku (aku study kat bilik dia), dia cakap,"Din, terus study Din, jangan tido". Sebab tu aku sambung study sampai 8.20 pagi, walaupun tilam dok memanggil2 kat sebelah. Aku perasan yang Jawa asyik dok bagi semangat start dari petang aku study tu sampai sebelum jawab exam. Jadi aku cuma nak kata........

TERIMA KASIH BANYAK2 JAWA!!!!

Aku selalu terfikir yang kita struggle2, pastu tension2 sebab x paham study, pastu rasa menyesal amik course itu, ini, nak tukar bidang lain. Contoh dari engineering ke medic. Aku fikir balik, kalau aku tukar, adakah kesusahan yang akan aku lalui hilang? Adakah apa yang aku ambil nanti senang? Aku selalu fikir perasaan budak2 medic yang menyesal amik bidang tu pastu nak tukar jadi engineering la. Sama ja keadaan dia mana2 pun, susah tu ada dimana2... bezanya dapatkah diri kita terus bertahan? Aku tau some people kena paksa ngan parents amik sesuatu bidang tu dan aku xleyh nak cakap apa pasal bab nie sebab mindset parents nie kadang2 susah nak faham. Tapi itulah liku2 kehidupan. Kita kena terus berusaha dan tidak pernah putus asa terutamanya kepada Yang Maha Esa.

Okayh, setakat nie ja entry kali nie, buhbye.

DDC: Aku buat tagline baru untuk blog aku, tu sendiri punya quote ar, x main plagiat2, kopi2, ciplak2... Hehehe.